Jumaat, 13 Mac 2009

Universiti Tawar Kursus Ijazah Sarjana The Beatles

5 Mac 2009 LONDON: Sebuah universiti di sini menawarkan apa yang disifatkannya sebagai kursus ijazah Sarjana Kesusasteraan pertama mengenai Beatles bagi mengkaji pengaruh kumpulan itu terhadap muzik popular dan masyarakat. Pelajar yang mengambil kursus lepasan ijazah itu di Universiti Liverpool Hope akan mengikuti empat modul 12 minggu dan dikehendaki menulis tesis. "Terdapat lebih 8,000 buku mengenai The Beatles tetapi belum ada kajian serius dari segi akademik dan itu yang kami akan tumpukan," kata ketua kursus, Mike Brocken, pensyarah kanan mengenai muzik popular. Kursus itu yang berjudul Beatles, Muzik Popular dan Masyarakat - yang juga dibuka untuk pelajar separuh masa-akan bermula September ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan